Minggu, 05 Januari 2014

Bila Kucing Hitam Melangkahi Mayat Maka Mayat Tersebut Akan Hidup Kembali


Cerita ini telah banyak aku dengar. Kebenaranya masih belum aku lihat depan mata, sehinggalah suatu hari ketika usia aku 23 tahun, waktu tu di kampung. Diceritakan ada seorang perempuan tua yang hidupnya sebagai bomoh sebagai sumber rezki. Apa yang menarik bomoh ini dikatakan ada membela hantu polong dan hantu raya.

Hantu polongnya ditugaskan menyerap masuk ketubuh sesiapa sja yang lemah semangat terutama ibu mengandung, ibu yang baru bersalin dan bayi. Tidak terkecuali remaja perempuan. Dengan cara ini bomoh ini akan dipanggil untuk mengubati pesakit yang diganggu itu.



Hantu raya pula ditugaskan oleh bomoh ini menjaga kebun dan rumahnya. Hantu raya ini tidak menggangu sesiapa, cuma jika sesiapa terserempak terutama mereka yang hendak mencuri buah-buahan di kebun bomoh ini akan terjumpa hantu raya ini dengan muka yang bengis membuatkan sesiapa yang terpandang jadi pengsan dan demam berhari-hari.

Suatu pagi kampung kami dikejutkan dengan kematian bomoh ini. Berita kematiaannya amat mengerikan. Kematiannya telah diketahui oleh anak sulungnya yang baru pulang kekampung. Bomoh ini tinggal bersendirian semenjak suaminya mati dan semua anak-anaknya berhijrah ke bandar.

(photo hiasan mayat bangun)

Kami sebahgian penduduk kampung yang mengetahui tentang berita kematiannya datang menjiarahi. Pada malam sebelum pengkebumian kami beramai-ramai membaca surah yasin di ketuai oleh imam masjid dan beberapa orang ustaz. Pada pukul 4 pagi imam dan bila serta beberapa orang ustaz yang bersama kami terpaksa bersurai kerana sebentar lagi waktu subuh.

(hantu-raya)

Imam berpesan kepada kami anak-anak muda yang ketika itu ada lebih kurang 10 orang selain kaum keluarga si mati tinggal dan meneruskan bacaan yasin. Tidak berapa lama aku membaca yasin, aku rasakan mata aku sangat mengantuk dan tiba-tiba je terlelap.


Antara sedar tidak sedar, aku kedengaran suasana agak kecoh, aku tersedar dan melihat ramai kawan-kawan aku menuruni tangga berlari meninggalkan rumah itu.

Aku bertanya kepada mereka kenapa meninggalkan si mati? Mereka menjelaskan bahawa mayat dah bangun masuk ke dalam bilik gelap selepas seekor kucing hitam melangkah mayat itu. Aku tidak dapat melihat kejadian itu, kejadian ini disaksikan oleh beberapa orang kawan-kawan aku.
(hantu polong)


Kejadian ini kami memaklumkan kepada imam dan ustaz tentang kejadian tersebut. Imam bergegas datang ke rumah bomoh tersebut. Dilihat mayat tersebut duduk di dalam bilik gelap. Imam membaca beberapa surah dan menghembuskan kepada mayat tersebut.Mayat itu kemudiannya rebah. Imam menyuruh kami semua mengangkat mayat tersebut ke ruang tamu.

Selesai upacara pengkebumian, imam memberitahu kami yang mayat bhomoh itu telah mati 40 hari yang lalu. 
percaya atau tidak itu terserah anda...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar